Monday, September 19, 2011

FaceBook Kelab kakitangan AIM Wilayah Terengganu

Sila Add dan hebahkan Facebook kelab Sukan &
Kebajikan AIM Wilayah Terengganu ini untuk hebahan
dan juga Info semasa AIM Wilayah Terengganu.

Search : aimganukite@gmail.com

" Semarakkan Kelab kebajikan Kite "

TENTATIF SUKAN AIM WILAYAH TERENGGANU 2011


Klik Imej Untuk lebih Besar dan Jelas

Sunday, September 18, 2011

SUKAN AIM WILAYAH TERENGGANU 2011

AIM Wilayah Terengganu bersama kelab sukan dan kebajikan
kakitangan AIM Wilayah Terengganu akan menganjurkan Hari
Sukan AIM Wilayah Terengganu bertempat di IKBN, Wakaf Tapai
, Marang, Terengganu pada hari khamis 6hb Oktober 2011 (Khamis)

Sukan-Sukan yang akan dipertandingkan:

1. Bolasepak (Lelaki)
2. Bola Jaring (Wanita)
3. Badminton (Lelaki dan Wanita)
4. Sepaktakraw (Lelaki)
5. Bolatampar (Lelaki dan Wanita)
6. Futsal Wanita
7. Dart (Lelaki dan Wanita)
8. Karom (Lelaki dan Wanita)

Diwajibkan semua kakitangan berpakaian sukan lengkap dan berkasut sukan.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIM WILAYAH TERENGGANU 2011

Majlis Sambutan hari raya peringkat AIM Wilayah Terengganu
telah di adakan pada hari sabtu 17hb September 2011 bersamaan
hari penubuhan AIM di batu Buruk Beach Resort, Kuala
Terengganu.

Majlis yang dimulakan dengan Mesyuarat Kawasan kaimb
telah menghimpunkan ke semua Kakitangan AIM Wilayah
Terengganu dan juga PKMB Kuala Terengganu seramai
lebih kurang 160 orang.

Alhamdulillah majlis penuh sederhana namun meriah berjaya
pada dasarnya mengeratkan lagi ukhuwwah dikalangan
kakitangan AIM Wilayah Terengganu. InsyaALLAH

MESYUARAT KAIMB KAWASAN TERENGGANU

Kuala Terengganu - AIM Wilayah Terengganu telah menganjurkan
Majlis Sambutan Hara raya dan mesyuarat Kawasan KAIMB
bertempat di Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu.

Majlis dimulakan dengan mesyuarat kawasan koperasi AIM Berhad
yang telah dirasmikan oleh Encik Mokhtar Junoh selaku Ahli
lembaga Koperasi AIM Berhad. Majlis juga diserikan lagi dengan
kehadiran Pengurus Kaimb Puan Julilah serta kakitangan Kaimb
Wilayah Terengganu Siti Norzuriah.

Akhirnya 3 orang perwakilan telah dipilih setelah berhempas pulas
menewaskan 6 lagi pencabar yang meilhatkan suburnya Demokrasi di
Wilayah Terengganu. Beliau adalah Tuan Paduka, Ahmad Fauzi dan
Zahari Ismail. Majlis yang bermula jam 9.00 am berakhir pada pukul
11.45 am.

Terima kasih kepada Semua perwakilan dan ahli kaimb. Semoga semua
kakitangan AIM didalam AIM Wilayah Terengganu menyertai Kaimb
yang menyediakan teramat banyak kemudahan dan keuntungan
kepada kakitangan AIM.

Monday, August 9, 2010

SUKAIM AIM 2010 DATANG LAGI

SUKAN AIM 2010

BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN PETRONAS
BANGI, SELANGOR
22 HINGGA 24 OKT 2010

ACARA DIPERTANDINGKAN

BOLASEPAK (L)
BOLAJARING (W)
BOLATAMPAR (L/W)
BADMINTON (L/W)
DART (L/W)
KAROM (L/W)
CATUR (L/W)
PERBARISAN

PASTIKAN DIRI ANDA TERPILIH
UNTUK MEWAKILI WILAYAH......

(latihan Pesat Selepas Raya) Tungguuuuuuu...

BERMINAT........ Berita Sukan Akan Menyusul

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

PIHAK KELAB AIM GANU KITE MENGUCAPKAN
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
SERTA
SELAMAT BERPUASA KEPADA
SEMUA KAKITANGAN DAN KELUARGA

CARILAH KEREDHAAN ALLAH
DAPATKAN KEAMPUNAN ALLAH
&
BEBASKAN DIRI DARI API NERAKA