Monday, October 26, 2009

MESYUARAT KOOP DAN LATIHAN PEMILIHAN ATLIT

InsyaALLAH pada 14 hb November (Sabtu) akan berlangsung
Mesyuarat Koop AIM dan Latihan Pra Pemilihan Atlit Wilayah
Terengganu.

Tempat akan dimaklumkan kemudian.
Kepada Ahli Koperasi akan dibayar elaun RM50 Per person.

Seisi Pemilihan -

<> Bola Sepak Padang

<> Bola Jaring

<> Badminton

Berita lanjut dan terkini akan menyusul. Terima Kasih

SUKAN OH SUKAN

Kuala Terengganu - Dengar2 Cite Sukan KOOPAIM/AIM akan
di adakan di Kota Bharu pada 4 - Disember 2009.
Acara-acara dan detail info masih belum diterima;-
Dengar Cerita ada Sukan Indoor dan Out Door.
Apa acaranya - Entah Lah
Kepada semua atlit2/Pelancong Wil Trg
Sila bersiap sedia untuk kita membawa misi
melancong ke Kota bharu Pula. Bravoooo -

Saturday, October 10, 2009

Majlis hari Raya Pej Wil Terengganu

Kuala Terengganu - AIM Pejabat Wilayah Terengganu telah
mengadakan Pejabat terbuka sempena Hari Raya AidilFitri
1430 H di pejabat Wilayah Terengganu. Program tahunan yang
di adakan ini telah di kunjungi oleh jemputan sekitar Pejabat AIM
Wilayah Terengganu, Cawangan dan juga tetamu jemputan dari
Pejabat-Pejabat dan Agensi Kerajaan serta Institusi kewangan.

Majlis kali ini lebih meriah dan amat terasa kehangatannya apabila
Pejabat wilayah di asak bertubi-tubi dari pukul 11 pagi lagi tanpa
langsung lengang dan Alhamdulillah semua masakan dapat
diselesaikan oleh para tetamu.

Terima kasih kepada semua pengunjung. Tanpa anda semua masakan
kami pasti tak tersebtuh. Tahniah khusus kepada kakitangan Pejabat
Wilayah yang telah bertungkus-lumus menyiapkan menu terbaik dan
tersedap serta Deco tempat jamuan yang amat menarik...

Gambar-Gambar akan menyusul :-