Tuesday, October 4, 2011

SELAMAT DATANG KE PERKAMPUNGAN SUKAN AIM 2011 WILAYAH TERENGGANU

Kuala Terengganu - AIM Wilayah Terengganu bersama Kelab Sukan
& Kebajikan Kakitangan AIM Wilayah Terengganu akan menganjurkan
Perkampungan Sukan AIM Wilayah Terengganu 2011, yang akan
berlangsung di IKBN, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Pelbagai acara berlangsung pada temasya ini yang akhirnya adalah
untuk memilih Atlit sebenar ke Temasya Sukaim 2012 yang akan
berlangsung di Kedah Darul Aman pada tahun 2012 nanti.
InsyaALLAH Perkampungan sukan AIM Wil Terengganu ini akan
disertai oleh semua cawangan dan yang menariknya PKMB Kuala
Trg juga akan sama-sama memeriahkan majlis ini.

Kami warga aimganukite mengucapkan kepada semua kakitangan
selamat Bersukan dan semoga anda terpilih menjadi atlit Sukaim
2012 nanti. Berikan yang terbaik demi AIM Ganu Kite.


Friday, September 30, 2011

Sukan AIM Wilayah Terengganu

Kuala Terengganu - Sukan AIM Wilayah Terengganu akan
berlangsung di IKBN, Wakaf Tapai, Marang pada 6hb Oktober
2011 iaiti hari khamis.

Kepada semua kakitangan diminta berpakaian sukan lengkap
dan kepada pemain bolasepak hendaklah membawa kasut
bola lengkap untuk latihan.

Kelab juga mengingatkan kakitangan semua membawa pakaian
lebih kerana acara latihan akan tetap dijalankan walaupun hari
hujan.

Untuk makluman minuman sepanjang latihan, makan pagi dan
tengahari disediakan untuk semua kakitangan kita.
Kelab mengucapkan selamat berlatih dan terpilih untuk fasa
seterusnya. iaitu fasa latihan, friendly (Wil Pahang & Wil Kelantan)
dan juga ke temasya SUKAIM 2012 yang dijangka di awal 2012.
semua kakitangan.

Monday, September 19, 2011

FaceBook Kelab kakitangan AIM Wilayah Terengganu

Sila Add dan hebahkan Facebook kelab Sukan &
Kebajikan AIM Wilayah Terengganu ini untuk hebahan
dan juga Info semasa AIM Wilayah Terengganu.

Search : aimganukite@gmail.com

" Semarakkan Kelab kebajikan Kite "

TENTATIF SUKAN AIM WILAYAH TERENGGANU 2011


Klik Imej Untuk lebih Besar dan Jelas

Sunday, September 18, 2011

SUKAN AIM WILAYAH TERENGGANU 2011

AIM Wilayah Terengganu bersama kelab sukan dan kebajikan
kakitangan AIM Wilayah Terengganu akan menganjurkan Hari
Sukan AIM Wilayah Terengganu bertempat di IKBN, Wakaf Tapai
, Marang, Terengganu pada hari khamis 6hb Oktober 2011 (Khamis)

Sukan-Sukan yang akan dipertandingkan:

1. Bolasepak (Lelaki)
2. Bola Jaring (Wanita)
3. Badminton (Lelaki dan Wanita)
4. Sepaktakraw (Lelaki)
5. Bolatampar (Lelaki dan Wanita)
6. Futsal Wanita
7. Dart (Lelaki dan Wanita)
8. Karom (Lelaki dan Wanita)

Diwajibkan semua kakitangan berpakaian sukan lengkap dan berkasut sukan.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIM WILAYAH TERENGGANU 2011

Majlis Sambutan hari raya peringkat AIM Wilayah Terengganu
telah di adakan pada hari sabtu 17hb September 2011 bersamaan
hari penubuhan AIM di batu Buruk Beach Resort, Kuala
Terengganu.

Majlis yang dimulakan dengan Mesyuarat Kawasan kaimb
telah menghimpunkan ke semua Kakitangan AIM Wilayah
Terengganu dan juga PKMB Kuala Terengganu seramai
lebih kurang 160 orang.

Alhamdulillah majlis penuh sederhana namun meriah berjaya
pada dasarnya mengeratkan lagi ukhuwwah dikalangan
kakitangan AIM Wilayah Terengganu. InsyaALLAH

MESYUARAT KAIMB KAWASAN TERENGGANU

Kuala Terengganu - AIM Wilayah Terengganu telah menganjurkan
Majlis Sambutan Hara raya dan mesyuarat Kawasan KAIMB
bertempat di Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu.

Majlis dimulakan dengan mesyuarat kawasan koperasi AIM Berhad
yang telah dirasmikan oleh Encik Mokhtar Junoh selaku Ahli
lembaga Koperasi AIM Berhad. Majlis juga diserikan lagi dengan
kehadiran Pengurus Kaimb Puan Julilah serta kakitangan Kaimb
Wilayah Terengganu Siti Norzuriah.

Akhirnya 3 orang perwakilan telah dipilih setelah berhempas pulas
menewaskan 6 lagi pencabar yang meilhatkan suburnya Demokrasi di
Wilayah Terengganu. Beliau adalah Tuan Paduka, Ahmad Fauzi dan
Zahari Ismail. Majlis yang bermula jam 9.00 am berakhir pada pukul
11.45 am.

Terima kasih kepada Semua perwakilan dan ahli kaimb. Semoga semua
kakitangan AIM didalam AIM Wilayah Terengganu menyertai Kaimb
yang menyediakan teramat banyak kemudahan dan keuntungan
kepada kakitangan AIM.