Tuesday, October 4, 2011

SELAMAT DATANG KE PERKAMPUNGAN SUKAN AIM 2011 WILAYAH TERENGGANU

Kuala Terengganu - AIM Wilayah Terengganu bersama Kelab Sukan
& Kebajikan Kakitangan AIM Wilayah Terengganu akan menganjurkan
Perkampungan Sukan AIM Wilayah Terengganu 2011, yang akan
berlangsung di IKBN, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Pelbagai acara berlangsung pada temasya ini yang akhirnya adalah
untuk memilih Atlit sebenar ke Temasya Sukaim 2012 yang akan
berlangsung di Kedah Darul Aman pada tahun 2012 nanti.
InsyaALLAH Perkampungan sukan AIM Wil Terengganu ini akan
disertai oleh semua cawangan dan yang menariknya PKMB Kuala
Trg juga akan sama-sama memeriahkan majlis ini.

Kami warga aimganukite mengucapkan kepada semua kakitangan
selamat Bersukan dan semoga anda terpilih menjadi atlit Sukaim
2012 nanti. Berikan yang terbaik demi AIM Ganu Kite.


No comments:

Post a Comment