Monday, August 9, 2010

SUKAIM AIM 2010 DATANG LAGI

SUKAN AIM 2010

BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN PETRONAS
BANGI, SELANGOR
22 HINGGA 24 OKT 2010

ACARA DIPERTANDINGKAN

BOLASEPAK (L)
BOLAJARING (W)
BOLATAMPAR (L/W)
BADMINTON (L/W)
DART (L/W)
KAROM (L/W)
CATUR (L/W)
PERBARISAN

PASTIKAN DIRI ANDA TERPILIH
UNTUK MEWAKILI WILAYAH......

(latihan Pesat Selepas Raya) Tungguuuuuuu...

BERMINAT........ Berita Sukan Akan Menyusul

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

PIHAK KELAB AIM GANU KITE MENGUCAPKAN
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
SERTA
SELAMAT BERPUASA KEPADA
SEMUA KAKITANGAN DAN KELUARGA

CARILAH KEREDHAAN ALLAH
DAPATKAN KEAMPUNAN ALLAH
&
BEBASKAN DIRI DARI API NERAKA

Wednesday, April 21, 2010

PRESTASI 2009

Tahniah Kepada Yang Dapat Cemerlang
Senyum Wajah Mereka yang dapat Baik
Masam Muka mereka yang duk Mangkuk juga.

WILAYAH TERENGGANU
Wilayah FC
Wilayah Zero PAR
Wilayah Terhebat
IngatLah !!
Hanya Penilaian ALLAH Yang Terbaik

Monday, March 8, 2010

5 Maksiat yang Disegerakan Balasannya oleh ALLAH

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata, Berhadap Rasulullah s.a.w. kepada kami (pada suatu hari) kemudian Baginda bersabda: "Wahai kaum muhajirin, 5 perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah s.w.t. semoga kamu tidak menemui masa itu"

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan itu pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka. Mereka juga akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah ditimpa umat-umat yang lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman di kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang (yang juga hidup di atas mukabumi ini) tentunya mereka tidak diberi hujan oleh Allah s.w.t.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri.

Hadith Riwayat : Ibnu Majah

Saturday, February 27, 2010

Resepi (Mee) Mi Udang


Bahan-bahan :
1 peket mi kuning
10 ekor udang
3 biji bawang merah
½ inci belacan
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sawi
Tauge
Daun bawang
Minyak secukupnya

Cara membuat:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan air rebusan udang.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa.
4. Setelah sebati masukkan mi kuning dan udang. Kacau seketika.
5. Akhir sekali, angkat dan boleh hiaskan dengan sawi, tauge dan hirisan daun bawang

Saturday, February 13, 2010

PEJABAT BARU AIM MARANG

(Pejabat Baru Nak Upload Gambor Masaalah Plok
Internet Streamyx Buat Hal..... Bayor je mahal)
----------------------------------------------------------

Pejabat Lama Yang Di Tinggalkan......

Buruk Bebenor... Ha3


MMC Buat Kali Terakhir Kalinya.........
---------------------------------------------------------------

Sorotan Peristiwa Sekitar Kita

[TRAGEDI]
Kemaman - PR Zazuri Mengalami kemalangan di Cukai, Kemaman
baru-baru ini. Kereta Viva hitam kesayangan beliau habis remuk
di depan di langgar oleh Honda. PR Zazuri hanya mengalami
Luka-luka kecil sahaja namun masih trauma dengan kejadian
tersebut.
Semoga beliau sabar dan tabah dengan ujian Ilahi. Sesungguhnya
janji ALLAH Setiap mukmin pasti akan diuji dan terus diuji. Kami
warga kerja AIM Wilayah Terengganu amat bersimpati dengan
beliau dan mendoakan beliau sembuh sepenuhnya dan kereta beliau
dapat cepat keluar dari Hospital di kemaman.

--------------------------------------------------------------------
[Pergi Tak Kembali]
Kami warga aimganukite.blogspot mengucapkan takziah kepada
PPC Besut (Pn Sharida) dan PA AIM Kemaman (Cik Zainun) yang
telah kehilangan ibu yang kembali ke rahmatullah.

Moga roh ibunya ditempatkan di tempat mereka2 yang solehah....

--------------------------------------------------------------------
[KAHWIN Maaaaaa ]
1) Selamat Pengantin Baru kepada PA AIM Dungun (Liana) yang
membantu AIM WIlayah Terengganu menjadi johan Badminton
sukaim 2009.
Pindah nanti hilanglah player badminton Wil Trg.. He3

2)Selamat Pengantin Baru kpd Bekas Staff AIM KT yang kini menabur
bakti di PKMB AIM KT ( Lupa Nama Daaaa)

3) Selamat Pengantin Baru Kpd Staff AIM Hulu Terengganu Liana yang
melangsungkan perkahwinan tempohari..
--------------------------------------------------------------------

Saturday, January 23, 2010

Khusus Untuk Staff ( Produk Jimat Minyak dan Jaga Enjin, Bateri dan Kuasa Elektrik Kereta Anda)





Hanya perlu "Plug & Play"

JAPAN TEKNOLOGI

'kuasanya bertindak setelah enjin dihidupkan'..

Sistem ini bertindak sebagai penstabil voltan ( voltage stabilizer). Ini memastikan setiap komponen elektronik menerima kuasa optima bagikelancaran enjin. Apabila setiap komponen beroperasi dengan lebih lancar secara tidak langsung mengurangkan penggunaan petrol. Tanpa HYPERCHARGE VOLTAGE STABILIZER,ada komponen yang menerima kuasa daripada bateri kurang daripada yang sepatutnya

Produk Paling Murah di Pasaran: RM 199
Produk Sebegini Biasanya RM3XX Keatas

ISTIMEWA Untuk Staff Ganu Kite
RM 185 Sahaja.

CIRI-CIRI
1.voltage stabilizer to maintain the car voltage.
(menstabilkan voltan bateri)

2.constant ignition power and save a fuel up to 30%.
(voltan ignition lebih tetap dan menjimatkanminyak sehingga 30%)

3.smooth change of gear during transmission.(penukaran gear dengan licin)

4.constant light output without blink or flicker.(menerangkan lampu yang tetap)

5.quiet air-con and cooler.(penyaman udara yang dingin dan senyap)

6.better pick up and power.(meningkatkan prestasi dan kuasa enjin.

7.prolong the car battery life(memanjangkan hayat bateri)

8.Improve engine and RPM response. Quicker Engine Start
(enjin senang di hidupkan dan RPM yang sekata)

9.Lesser engine noise(mengurangkan bunyi bising enjin)

10.100% New & Good Quality(unit dalam keadaan baik dan baru)

11.Reduce gas carbon monoksida (CO) dan hidrokarbon (HC)
(mengurangkan pengeluaran gas karbon monoksida dan hidrokarbon)

12.Universal Fits Any Car Models(sesuai untuk semua jenis kenderaan)

SESUAI UNTUK SEMUA JENISKENDERAAN(MOTOKAR,LORI,BAS,DLL)

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 dan juga Tahun Masihi 2010
Semoga Kita semua warga AIM Terengganu akan sentiasa beroleh
kejayaan yang gemilang dan dibawah keredhaan ALLAH.

Ingatlah Masa yang pergi
Tak Mampu Kita Kembalikan...