Saturday, February 27, 2010

Resepi (Mee) Mi Udang


Bahan-bahan :
1 peket mi kuning
10 ekor udang
3 biji bawang merah
½ inci belacan
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sawi
Tauge
Daun bawang
Minyak secukupnya

Cara membuat:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan air rebusan udang.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa.
4. Setelah sebati masukkan mi kuning dan udang. Kacau seketika.
5. Akhir sekali, angkat dan boleh hiaskan dengan sawi, tauge dan hirisan daun bawang

Saturday, February 13, 2010

PEJABAT BARU AIM MARANG

(Pejabat Baru Nak Upload Gambor Masaalah Plok
Internet Streamyx Buat Hal..... Bayor je mahal)
----------------------------------------------------------

Pejabat Lama Yang Di Tinggalkan......

Buruk Bebenor... Ha3


MMC Buat Kali Terakhir Kalinya.........
---------------------------------------------------------------

Sorotan Peristiwa Sekitar Kita

[TRAGEDI]
Kemaman - PR Zazuri Mengalami kemalangan di Cukai, Kemaman
baru-baru ini. Kereta Viva hitam kesayangan beliau habis remuk
di depan di langgar oleh Honda. PR Zazuri hanya mengalami
Luka-luka kecil sahaja namun masih trauma dengan kejadian
tersebut.
Semoga beliau sabar dan tabah dengan ujian Ilahi. Sesungguhnya
janji ALLAH Setiap mukmin pasti akan diuji dan terus diuji. Kami
warga kerja AIM Wilayah Terengganu amat bersimpati dengan
beliau dan mendoakan beliau sembuh sepenuhnya dan kereta beliau
dapat cepat keluar dari Hospital di kemaman.

--------------------------------------------------------------------
[Pergi Tak Kembali]
Kami warga aimganukite.blogspot mengucapkan takziah kepada
PPC Besut (Pn Sharida) dan PA AIM Kemaman (Cik Zainun) yang
telah kehilangan ibu yang kembali ke rahmatullah.

Moga roh ibunya ditempatkan di tempat mereka2 yang solehah....

--------------------------------------------------------------------
[KAHWIN Maaaaaa ]
1) Selamat Pengantin Baru kepada PA AIM Dungun (Liana) yang
membantu AIM WIlayah Terengganu menjadi johan Badminton
sukaim 2009.
Pindah nanti hilanglah player badminton Wil Trg.. He3

2)Selamat Pengantin Baru kpd Bekas Staff AIM KT yang kini menabur
bakti di PKMB AIM KT ( Lupa Nama Daaaa)

3) Selamat Pengantin Baru Kpd Staff AIM Hulu Terengganu Liana yang
melangsungkan perkahwinan tempohari..
--------------------------------------------------------------------