Sunday, September 18, 2011

MESYUARAT KAIMB KAWASAN TERENGGANU

Kuala Terengganu - AIM Wilayah Terengganu telah menganjurkan
Majlis Sambutan Hara raya dan mesyuarat Kawasan KAIMB
bertempat di Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu.

Majlis dimulakan dengan mesyuarat kawasan koperasi AIM Berhad
yang telah dirasmikan oleh Encik Mokhtar Junoh selaku Ahli
lembaga Koperasi AIM Berhad. Majlis juga diserikan lagi dengan
kehadiran Pengurus Kaimb Puan Julilah serta kakitangan Kaimb
Wilayah Terengganu Siti Norzuriah.

Akhirnya 3 orang perwakilan telah dipilih setelah berhempas pulas
menewaskan 6 lagi pencabar yang meilhatkan suburnya Demokrasi di
Wilayah Terengganu. Beliau adalah Tuan Paduka, Ahmad Fauzi dan
Zahari Ismail. Majlis yang bermula jam 9.00 am berakhir pada pukul
11.45 am.

Terima kasih kepada Semua perwakilan dan ahli kaimb. Semoga semua
kakitangan AIM didalam AIM Wilayah Terengganu menyertai Kaimb
yang menyediakan teramat banyak kemudahan dan keuntungan
kepada kakitangan AIM.

No comments:

Post a Comment