Sunday, November 15, 2009

LATIHAN SUKAN DALAM HUJAN

Kuala Terengganu - Latihan Sukan untuk ke Pesta Sukan KoopAIM
yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Disember 2009 ini
terbantut gara-gara hujan dan musim tengkujuh.

Sementelah lagi dengan masaalah kepupusan warga lelaki di
Wilayah Terengganu ini menambahkan lagi luka berdarah untuk
memilih pemain dan atlit. Bayangkan tanpa pemain Sepaktakraw
jika jadual bolasepak bertindan menunjukkan betapa Pupusnya
warga jantan di bumi AIM Negeri Terengganu ini.

Apa apa pun Lawan Tetap Lawan.

Tuesday, November 10, 2009

SENARAI NAMA PRA PEMILIHAN SUKAN TERENGGANU


Senarai nama2 pra pemilihan atlit
klik imej untuk besarkan imej tu jadi besor bapok
(Jantan dah Pupus.... Maafkan kami)

KEPADA SEMUA ATLIT2
SILA BAWA PAKAIAN SUKAN COMPLETE
(Tak Bawak, Anda Digugurkan Automatik)

SENARAI NAMA PRA PEMILIHAN SUKAN TERENGGANU

Skuad Bolasepak

01. Mohd Azhar Abd Rahman (Besut)
02. Salahuddin (Besut)
03. Amri (Besut)
04. Shamsuzairi (Besut)
05. Tuan Hafiz (Setiu)
06. Wan Azhari (Hulu Trg)
07. Wan Mohd Izwan ( Hulu Trg)
08. Shahrizan ( Marang)
09. Azhar Ali (KT)
10. Nik Zulkifli (KT)
11. Zahari (KT)
12. Lazim (KT)
13. Ahmad Fauzi (Wil Trg)
14. Zazuri (Wil Trg)
15. Dahari (PKMB)
16. Amirul kedah (PKMB)
17. Amiril Perak (PKMB)
18. Halim (PKMB)
19. Shahreen (PKMB)
20. Roslan (Kemaman)
21. Fitri (Kemaman)

SEPAKTAKRAW.

????? Lelaki dah habis dah Nie ????

Latihan Pra Pemilihan di Padang Futsal DS Central
Taman Permint Jaya, Chendering
Dekat Kilang Perindustrian.

MESYUARAT KOPERASI DAN LATIHAN SUKAN

MAKLUMAN UNTUK KAKITANGAN AIM TERENGGANU
Semua Pihak yang berkenaan di minta berkumpul di
Dewan Terbuka Pejabat Agama Terengganu
pada hari Khamis, 12 hb Nov 2009.
PAGI (9.00am - 12.00pm)

- Taklimat Oleh Urusetia Program
- Pembentangan 1 oleh Pegawai Rancangan
- Seisi Berkumpulan mengikut Acara
- Mesyuarat KOOPAIM
TENGAHARI (12.00pm - 02.00pm)
- Rehat
PETANG (02.00pm -04.00pm)
- Team Bolasepak, Sepaktakraw dan Badminton -
Ke DS SPORT Taman Permint Chendering
(Dekat Kilang-Kilang Perindustrian tu)
Latihan dari pukul 2pm - 4pm
- Team Bola jaring, Karom, Catur, Dat dan Puzzle
Latihan anda di Kawasan Pejabat Agama.
Bola jaring latihan di Depan Pej Tanah dan Daerah KT
- Sekian untuk Makluman
(Tak Faham, Tanya aje lah Pej Wil)
Sukan Koop/AIM Di Kota Bharu,Kelantan
Pada 4,5 dan 6 Dec 2009

Monday, October 26, 2009

MESYUARAT KOOP DAN LATIHAN PEMILIHAN ATLIT

InsyaALLAH pada 14 hb November (Sabtu) akan berlangsung
Mesyuarat Koop AIM dan Latihan Pra Pemilihan Atlit Wilayah
Terengganu.

Tempat akan dimaklumkan kemudian.
Kepada Ahli Koperasi akan dibayar elaun RM50 Per person.

Seisi Pemilihan -

<> Bola Sepak Padang

<> Bola Jaring

<> Badminton

Berita lanjut dan terkini akan menyusul. Terima Kasih

SUKAN OH SUKAN

Kuala Terengganu - Dengar2 Cite Sukan KOOPAIM/AIM akan
di adakan di Kota Bharu pada 4 - Disember 2009.
Acara-acara dan detail info masih belum diterima;-
Dengar Cerita ada Sukan Indoor dan Out Door.
Apa acaranya - Entah Lah
Kepada semua atlit2/Pelancong Wil Trg
Sila bersiap sedia untuk kita membawa misi
melancong ke Kota bharu Pula. Bravoooo -

Saturday, October 10, 2009

Majlis hari Raya Pej Wil Terengganu

Kuala Terengganu - AIM Pejabat Wilayah Terengganu telah
mengadakan Pejabat terbuka sempena Hari Raya AidilFitri
1430 H di pejabat Wilayah Terengganu. Program tahunan yang
di adakan ini telah di kunjungi oleh jemputan sekitar Pejabat AIM
Wilayah Terengganu, Cawangan dan juga tetamu jemputan dari
Pejabat-Pejabat dan Agensi Kerajaan serta Institusi kewangan.

Majlis kali ini lebih meriah dan amat terasa kehangatannya apabila
Pejabat wilayah di asak bertubi-tubi dari pukul 11 pagi lagi tanpa
langsung lengang dan Alhamdulillah semua masakan dapat
diselesaikan oleh para tetamu.

Terima kasih kepada semua pengunjung. Tanpa anda semua masakan
kami pasti tak tersebtuh. Tahniah khusus kepada kakitangan Pejabat
Wilayah yang telah bertungkus-lumus menyiapkan menu terbaik dan
tersedap serta Deco tempat jamuan yang amat menarik...

Gambar-Gambar akan menyusul :-