Sunday, November 15, 2009

LATIHAN SUKAN DALAM HUJAN

Kuala Terengganu - Latihan Sukan untuk ke Pesta Sukan KoopAIM
yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Disember 2009 ini
terbantut gara-gara hujan dan musim tengkujuh.

Sementelah lagi dengan masaalah kepupusan warga lelaki di
Wilayah Terengganu ini menambahkan lagi luka berdarah untuk
memilih pemain dan atlit. Bayangkan tanpa pemain Sepaktakraw
jika jadual bolasepak bertindan menunjukkan betapa Pupusnya
warga jantan di bumi AIM Negeri Terengganu ini.

Apa apa pun Lawan Tetap Lawan.

1 comment:

  1. latih punya berlatih... sampai staff kami tercedera... (adat bermain biasalah...) cedera lutut tu. tp kami kt cawangan yg penat kene backup MP seminggu, nasib baik sentiasa ada, 2 orang staff yg akan naik pelamin belum bercuti, kalu tak.... kalut kelibutlah. mujur... mujur...

    ReplyDelete