Wednesday, August 5, 2009

KARNIVAL - TERIMA KASIH SEMUA

Terima kasih kepada semua kerana menjayakan program Karnival Usahawan Ikhtiar 2009.
Semoga jasa dan komitmen anda yang tidak berbelah bahagi di dalam program ini akan dicatatkan amal kebajikan yang baik dari ALLAH.

Kepada Urusetia semua yang hebat terutama yang tidak diberikan penginapan. Yang terpaksa balik di tengah jauh malam dan datang lagi dipagi hari ke Tapak Karnival, anda sememangnya hebat. Apatah lagi terpaksa menumpang dan mencari dimerata ceruk tempat untuk menukar pakaian, mandi dan solat namun kita semua memang bersatu demi Wilayah Tercinta ini.

Namun takdir tuhan mengatai segalanya, Ada juga kakitangan yang terkena musibah di malam Karnival tersebut. Seorang kakitangan Wanita telah diragut sekembali dari tugas di tapak karnival untuk pulang ke rumahnya. Alhamdulillah kakitangan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan musibah. Hanya kehilangan dokumen yang penting juga miliknya.

Ingatlah duit dan harta boleh di cari namun nyawa manusia dan keselamatannya jauh lebih bernilai dari itu semua. Semoga tragedi ini menjadi iktibar kepada semua. Tidak perlu jatuh dahulu untuk baru beraduh. Zaman sudah berubah.

Akhir kata, Terima Kasih kepada semua anda semua memang hebat. Dari Kemaman hinggalah ke besut semua memberikan komitmen terbaik untuk program ini terutamanya PR Zazuri. -Seorang pemimpin yang sangat-sangat mesra rakyat. yang sangguh bersusah payah dan bersama-sama kakitangan di dalam semua hal walhal menyusun kerusi sekalipun. We all love u so much Che Yie.

No comments:

Post a Comment