Bukit Keluang 24hb Dec 2009 - AIM Wilayah Terengganu buat
julung-julung kalinya telah mengadakan bengkel dan hari Anugerah
Kecemerlangan yang menggabungkan kakitangan dan Ketua-Ketua
Blok Seluruh Wilayah Terengganu didalam satu masa.
Program yang meriah dan amat berjaya pada objektifnya ini telah
di adakan di Bukit Keluang Beach Resort pada 24 & 25 Dec 2009.
Seramai lebih 80 orang kakitangan dan 49 orang ketua Blok serta
LPS telah berjaya di himpun dan menambahkan lagi ukhuwwah
sesama Sahabat dan Kakitangan.
Kemuncak pada program ini adalah malam Anugerah Kecemerlangan
yang telah diadakan pada malam 24hb Dec 2009. Sungguh meriah
Malam anugerah dengan warna-warni pakaian dan pelbagai
persembahan dan juga pertunjukkan terutama dari Geng Dikir Barat
dan Persembahan Kakitangan Bukit Keluang Beach Resort sendiri.
Sedikit ralat makan malam pada malam tersebut mencacatkan sedikit
kemeriahannya namun syukur dengan apa yang ada dan redha
dengan apa yang tiada. Itu lah konsep ikhlas dan syukur yang menjadi
agenda utama bengkel Teras2010.