Daripada Ibnu Omar r.a. berkata, Berhadap Rasulullah s.a.w. kepada kami (pada suatu hari) kemudian Baginda bersabda: "Wahai kaum muhajirin, 5 perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah s.w.t. semoga kamu tidak menemui masa itu"
1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan itu pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka. Mereka juga akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah ditimpa umat-umat yang lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman di kalangan pemimpin mereka.
3. Dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang (yang juga hidup di atas mukabumi ini) tentunya mereka tidak diberi hujan oleh Allah s.w.t.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri.
Hadith Riwayat : Ibnu Majah
Monday, March 8, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)